Friday, April 17, 2009

bunuh aja pemandu bas bodoh itu

kebodohan pemandu bas di malaysia memang tak dipertikaikan lagi..dulu masa kat kmb, beberapa kali jer balik kelantan naik bas sebab dorang bawak bas macam haram..laju kalahkan kete f1..giler ke apa..teros aku amek air asia jer balik..tak sanggup aku mati di tangan pemandu bas yg mereng dan gile nak mampus..kalau dorang bawak anak beranak dorang takper la..ni bawak nyawa org lain..

ingat kes kat bukit gantang beberapa tahun lepas..ngeri sungguh..sebab apa, pemandu bas tu tido masa bawak bas..haizzz....org bagi kerja tu wat la kerja bebetol..ni tak, bagi kerja pi bunuh org...

berita kat malaysia hari ni..bacalah...sedih aku dgr...macam bodoh jer pemandu bas tu...harap kena hukum gantung, tak pon hukum sula kat bontot kuar kat molot..baru pemandu bas lain sedar kot..

masa aku drive dari kb ke kl bulan 12 hari tu, terserempak ngan beberapa buah bas yg bawak laju giler..dah la malam, jalan bukit2 lak tu, konpem aku takleh tido kalau naik bas tu..aku kejar pon tak sempat...maklumlah bawak mivi je pon..hehehe...tapi persoalan disini bukan lah kereta apa yg aku bawak, masalahnyer asal pemandu bas tu bwak keter cam pelesit...ko tu bawak anak2 orang la ngok...kalau ko nak bunuh bini ko ke, anak2 ko ker, pedulik apa aku...ko bawak la kete ko sendirik laju2 pas2 gi hentam tembok ker, masuk gaung ker, langgar pokok ker, gi langgar mat rempit ker (eh takder lah..gurau jer..mat rempit pon nak org gak)...pas2 yg mati nyer anak beranak ko gak kan...hahaha...ni gi bunuh org lain apa jadahnyer wahai pemandu bas weh...


ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.


BATU PAHAT: Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar

Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.

Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat.

Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat.

Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.

5 awards:

sRuGgle!! said...

aku sangat pelik kenape orang2 kat india ni bawa keta, moto, bas sume macam haram tapi jarang sangat nak accident..tapi kat malaysia sebab sikap and etika bawa bas bayk accident and bunuh orang..tolongla..ketatkan undang2!

AHMAD HELMI said...

undang2 without enforcement tak gune jugak..undang2 skang dah ok..tp enforcement takde..

Naxerul aka BoBo said...

to aina:

kat india ni, dorang bawak cam haram tapi tak laju masa atas jalan raya berbanding ngan malaysia, sebab jalan kat malaysia way better than jalan kat india ini...undang2 dah diketatkan kat malaysia, macam kata butet la...enforcement takder..and aku rasa perlu titik beratkan kepada pemandu tu sendiri...terutama pemandu bas..dahla bawak bas yg besar tu, bawak anak org lagi...

Anonymous said...

kejam gler driver bas tu.xpsl2 anak n isteri org mati.xde otak ke nk pk ms bwk bas tu?kalo nk rempit bwk bas pon,g la maen jauh2,xyah nk ssh kn hdp org.cuba kalo org laen wat kt famili die cmtu?x ke sdh.bangang btol...setuju ngan bobo..bg gantung mati trus..

Naxerul aka BoBo said...

to anonymous

tu ler pasal...nyusahkan hidup org..sian kat suami dia..dahla hilang isteri pas2 2 org anak yg masih kecil tu pon menoggal..hangus rentung plak 2...kejam btol driver bas pembunuh tuh...isk..