Saturday, July 25, 2009

antara gembira, sedih, sebak dan bersyukur


antara gembira, sedih, sebak dan bersyukur

aku gembira sebab adek aku faiez atau nama penuhnya Ahmad Nazhrulfaiez bin Mohd Zain akan terbang meninggalkan malaysia dan mendarat di United States Of America pada 15 august 2009..

aku sedih sebab aku tak sempat hantar dia fly, walaupun hari tu aku dah balik jumpa dia, spent time ngan dia selama 2 minggu, tapi tak cukup, sebab aku tahu pasni aku takleh jumpa dia bila aku balik msia..entah bila aku boleh jumpa dia...aku rasa akulah antara org yg akan jumpa bila kami habis belajar..aku di India, dia di States, entah bila cuti kami akan sama..jurusan perubatan vs jurusan geologi..adek aku sentiasa mengikut aku..aku ke PC, dia ke PC, aku 5A upsr, dia jugak mahu 5A, aku genggam 8A PMR, dia juga mahu, tidak mahu mengaku kalah..aku 9A Spm, dia jugak berjaya, malah lebih cantik barisan dan susunan A1 nya di slip SPM itu..aku mendapat tawaran membuat jurusan perubatan, dia juga dapat tawaran yg sama, namun ditolaknya, "doctor is not the only profession in the family" katanya tegas lalu bertegas mahu menjadi anak petronas dan melanjutkan pelajaran dalam bidang geology mengikut jejak abg yee...aku ke KMB, dia ke KMB, aku ke india, tapi dia ke States..

aku sebak sebab family aku tak akan pernah cukup di pagi lebaran..tahun ni aku dapat beraya kat msia ngan family..tahun depan mungkin beraya di malaysia adalah satu impian yg aku tahu takkan pernah menjadi..aku mungkin di tahun 3, jadualnya padat dan sangat penat...adek aku akan ke states untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang geology, mengikut jejak abang yee aku (abg no 3) di Missouri, walaupun abg yee ngan abg ayat juga belajar di US (wisconsin and detroit)..tahun ni entah berapa org sahaja yg dapat bersalam tangan abah ngan cik di pagi lebaran..aku sedih..kak ros bekerja di royal melbourne hospital sebagai pakar neuroradiology..entah balik entah tidak di pagi raya..abg yee plak sedang berkeja di Dahran..di syarikat minyak terkemuka Arab SAudi..abg ayat plak asek offshore dan adek aku bakal mendengar takbir di bandar missouri yg aku sendiri tidak pernah menjejaki tanahnya ..kami berada di merata dunia..di tempat berlainan skarang..bilakah kami akan bersama semula...anak2 abah dan cik sedang berjuang di negara org, membina masa depan yg cemerlang..kerana semua ini adalah doa dan kasih sayang abah dan cik..tidak sekali kami lupa

aku bersyukur kerana Allah mendengar suara dan doa adek aku malah aku jua..peperiksaan Ib yg hampir melenyapkan cita2nya untuk belajar di negara org, negara mat salleh, bukanlah merupakan titik akhir baginya..allah maha pemurah, dia telah membuka sekali lagi jalan untuk adek aku terbang ke negara yg asing agar dia banyak menimba pengajaran, dan banyakkan bersyukur dengan rahmat yg dikurniakan..recheck paper adekku berjaya melayakkan dia untuk mendapat tajaan itu..alhamdulillah..aku gembira bersyukur..pergi ke negara org, banyakkan berdoa..bukan senang dok kat negara org...

alangkah baiknya kalau aku belajar di Malaysia, senang saja berjumpa dengan org yang aku sayang..apalah naseb dihantar di India ini...bukanlah tempat yg menjadi pilihan para pelajar..tapi aku tetap disini...melangkah dengan penat untuk menggenggam segulung ijazah kedoktoran..besarkah makna ijazah ini?aku bertanya diri sendiri..besar agaknya..demi keluarga tercinta, aku gagahkan diri untuk mengenggam ijazah dan bergelar Dr Nazhrul..bukan DR BOBO

7 awards:

Audriena said...

dr bobo,

layan...

hahahah!

sedey sedey entry anda kali nih...

sob! sob!

neerna said...

hoh!sedyh dowh entry ko kali nih..T.T..taun dpan mybe ak pon mengalami naseb yg sama,klu ajat berjaya pg aussie..huwaaa!sedyh plak duk kat negara org,betul kata ko,klu belajar kat mesia je kan senang..huhu..:-(

Naxerul aka BoBo said...

kak ti: DR BOBO, tak seswai langusng..hahaha...

neerna: haah, kalau belajar kat malaysia kan best tapi dah datang sini takan nak undur balik...dah hampir separuh jalan..keep strong..ajat fly biler?

neerna said...

awal next year mybe..ak xrs dia leh blik rya.ala kite pon mybe tak blik raya kan next yer.huahua.yess,keep strong,keep holding on..;-)

eira said...

i'm thankful that all of my siblings belajar di malaysia except for me...
Alhamdulillah sampai sekarang if i come back..
i always have the chance to see them..

However,i really understand wht u feel...
cause i dont want to lose any moment to see people i love...
Even for awhile..
sedey woo pagi raya adik2,kakak takde kat umah..tak boleh bayang...:(
tapi, kamu kena kuat..!kerna walau dimana mereka berada, doa mereka untuk kamu...
Dan yang pasti, semangat dan kasih syg mereka sentiasa ada bersama kamu..:)

Bardzain said...

bro, ambik gambar2 faiez di blog saya.

IkieYcrUnchie_ikreLIcious said...

emm..paih fly doh...hope he's doing well there..

takdop doh ar orang bleh teman lawat grik...