Sunday, March 27, 2011

maharaja lawak

tadi skype2 ngan abg aku borak2 pasal raja lawak 5 tu, haha, aku minat lawak si r2 mantop,tercirit aku gelak wahaha, pastu abg aku cakap ada program baru tajuk "Maharaja Lawak"

Maharaja Lawak:

cam best nyer bunyik dia, sebab aku suka tgk program2 lawak ni, dari la senario sampai la skang punyer group, tapi skang yg paling best duo johan ngan zizan = Jozan, lawak dorang first class~ ahaha ok la untuk standard malaysia kan?

so amende maharaja lawak ni?

dulu raja lawak, skang maharaja lawak, maksudnya semua raja2 lawak atau pon otai2 lawak ni akan bersaing sama2 dorang untuk rebut gelaran maharaja lawak...haha tak sabar nak tgk raja2 ni bersaing dapat hadiah rm 300k, serious beb 300k, bapak ah! kaya2

program ni bermula 1 april, dengan pengacara dia AC mizal...aik mana jozan? asal dia tak jadik pengacara? kalau dia jadi pengacara lagi mantop. orangdok tgk lawak2 dia ja haha..nak tau sebab apa dorang tak jadi pengacara dah?

sebab, dorang pon salah satu dari senarai raja-raja lawak yg nak bersaing jadi maharajalawak..hahamacam2 apa2 pon tgk jer video ni




so saper yg bakal menjadi peserta maharaja lawak ni?
zasssss~~~


1) kumpulan sepah




2) yus

3) XN3


4) Tauke


5) Nabil


6) Man (the latest Raja Lawak)


7) Kecik



8) JoZan ( terbaik)

9) Jihan (satu-satunya peserta pompuan)


10) Idlan


11) amir im sorry --blerghhh



12) Alex

2)

Saturday, March 26, 2011

hanya di india~

memandangkan aku akan beransur pulang ke malaysia dan meninggalkan negara ini buat sebulan, maka aku nak kongsi satu video yg hanya terjadi di india

zassss~





haha aku hari2 lalui bende ni tapi aku ni berhemah sebab aku pemandu motor yg dilahirkan di malaysia, hahaha tapi kalau kroang datang india boleh la tgk sendiri, bahayakan dorang?

dorang ni memang macam ni semua tak nak beralah, tau nak menang je, dari la perdebatan bodoh sampai la ke jalan raya, konfem kalau dorang bawak camni kat malaysia memang hilang kepala atas jalan...haha..mak aku selalu kata, jalan raya adalah tempat paling bahaya, lagi bahaya dari dok lam hutan sorang2...tu mak aku kata la, tapi memang betol..kat india ni pelik sepelik-peliknya...dorang leh bawak keter wat selamber badak jer masuk lane salah...rileks jer tentang dua kete padahal dorang dah ada lane kiri kanan...tapi dorang ni lagi bodoh dari badak, ngek

kalau kat t junction tu lagi la, mana tau nak kasik signal ngan brek, main masuk jer pastu bile dah nak langgar keter orang leh marah2 kat orang lain, sebab diri sendiri dah bebal sangat, tak nak ngaku kesalahn sendiri pastu mula lah nak maki hamun orang lain...betol ni aku tak tipu...kalau aku tgk ada orang mati kena langgar lagi la aku tepok tangan, hilang rasa kemanusiaan dalam diri aku biler dok kat negara incredible la sangat...

okes dah nak balik esok~ yahoooo!! yabedabedu~

p/s: ak nak tgk orang india ni culture shock biler datang msia nanti, dulu dok agung2 negara dorang ingat hebat, jejak sikit msia tgk, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...ada beran?

facebook love / lady gagap satanic

not bad~ gadis kecik molek juga mampu membuat lagu di kala umur 16 tahun, cinta muka buku hasil nukilan 2 beradik cute mute, najwa latiff dan adik dia...

first time dengar lagu ni, mula2 dgr dia dok nyanyi cover lagu orang, skang dah ada single sendiri yg bakal kuat hujung bulan mac ni, expected date lah katanya...

bukan apa, lagu ni macam kena jer ngan kisah cinta aku ngan kekasih aku bakal merangkap tunang aku dalam beberapa hari sahaja lagi, yah, kami kenal ikut fb, chat mesra2 ikut fb, declare pon ikut fb...kena la kan? hahaha, tak sangka plak fb banyak ubah hidup aku kan? walaupun orang kata facebook tu adalah yahudi punyer, heh, takpala, layankan je la ek lagu ni sebab memamng best~ lagi2 suara si najwa ni memang mantop lah!~ kalau jadi awek aku hari2 aku suruh nyanyi, haha naseb baik kekasih bakal merangkap tunang *berapa kali nak mention ntah* pon pandai nyanyi~ teeheee

layankan lah teaser lagu cinta muka buku ni...zasssssssss~~~






walaupun lirik dia agak keanak-anakan tapi yg buat pon masih muda masih lagi bercinta-cinta monyet kira ok la kan, dari sokong lady gagap yg memang bawak unsur iluminati tu, pompuan haram btol! hahaha

-------------------------------------------------------------------------------------------------
so nak citer pasal si lady gagap yg bangap ni

'ko nak marah pesal ko nyer v clip kena banned dari msia? padan la muka ko, saper suruh wat v clip cam hampeh yess! satanic

tgk video clip aljandro pon aku tahu memang minah kapiaq ni memang bawak unsur freemason aka iluminati, skang kuar plak lagu 'born this way' fuhhhh tgk first few part pon aku dah leh agak, setan betol si lady gaga ni, sore bukan la best pon, harap jual badan jer lebih pastu vc memang mengarut kurafat habis lah

pergi mampos la ko lady gaga~

Friday, March 25, 2011

Surihani~

yabedabedu, satu lagu single kami bakal muncul *bajet artis habis la ni* tpi tak wat video lagi hahaha, cuma rini nak post lirik jer, lagu ini untuk kekasih gelapku yg sedang enak di malaysia hahaha

tajuk dia "Surihaniku"

hahaha mantap tak tajuk lagi ni? mantop!

lagu ni kami wat sama : kira 3 kompser termantap di asia bergabung menghasilkan satu lagu untuk wanita bertuah yg bernama Surihani...sungguh indah nama itu, sering bermain di jiwa jantan2 yg jiwang tahap cipan~ hahaha..terimalah dari kami :Poknik - Bobo - Pakdow = nik bodow ~

lagu2 jiwang hasil nukilan kami pasni bermain di minda anak2 gadis sunti di luar sana, jgan risau jgan gelabah kerna abg dow masih lagi single bujang teruna suci! jaddi apa tunggu lagi, rebutlah sementara peluang masih ada

On Cinta dan hantarkan ke 90028499247, pasni cinta anda disambut mesra bersama senyuman sampai ke pipi...jadi taiplah sekarang!

Surihani..

lagu ini ku sampaikan,
kepadamu Surihaniku,
dengarkanlah lirikanku,

senyumanmu jelinganmu,
mendamaikan gelisah di kalbuku,
tutur katamu ku terpaku

c/o
dewi putri hatiku
hadirmu yang ku tunggu
kaulah cahaya yang menyinar hidupku
oooo sayang hidupku

tika malam ku penakan
bait lagu melodi kau dan aku
sebagai tanda
cinta kita~

hebat tak puitisnya untuk sang perempuan yg manis gebu? siapakah surihani? siapa? ya! dialah kekasih gelapku, walaupun dia putih melepok! yezzaaaa tunggu kan lagu ini esok!!

mahu melihat jantan2 macho? aku akan reveal siapa sebenarnya komposer mantap ini...tapi buukan hari ni, esok bersama video lagu ini~

sabar ye addik2 wakaka

middle age crisis

aku pun tak tahu la kenapa ada sorang minah yg bergelar cikgu or teacher or sifu watever sangatlah pelik perangainya, makin menjadi2, meroyan agaknya...agak 'menyekit' lah bak kata orang pantai timur, memang! sangat menyekit dan rasa ingin lempang mukanya perutnya bontotnya di tempat sama berulang2 kali sampai merah lebah berdarah keluar semua air ketuban *opss dia andartu umur 40 tahun dan masih bujang*

itulah middle age crisis

mengapa dia menjadi sedemikian di kala umur sudah 4 dekad, perangai seolah budak mongolia terencat akal, dan kurang ilmunya kurang malunya *bukan kemaluan*

kita ungkaikan sebab2 kenapa dia menjadi sedemikian rupa

zasssssss~~~~

1) mungkin semasa muda ingin menjadi hot dan hangat dan memenangi anugerah bintang paling popular namun penyanyi lyp sync kategory terencat akal tidak dipertandingkan..sedih, sampai ke tua kempunan anugerah...kasihan~~~

2) meroyan kot? tapi setahu aku org gila meroyan ni jadi bile time pregnant jer kan? tapi dia tak kawen pon lagi, pelik2, tapi dari peel perangai dia tu aku tak nafikan memang susah untuk mencari jodoh selain dari org tanjung rambutan, tapi org tanjung rambutan haram kawen...sedih kali ke 2...meroyan la ko sorang2

3) mungkin nak cari jodoh menggunakan medium youtube? O M G! sangatlah mustahil =.= sebab dia syok sendiri kat youtube, org tgk pon cam nak balik kasut, nak baling bola boling saiz 14 atas kepala bagi benjol, biar betul sikit otak tu...

*malu ada cikgu berperangai sedemikian! merosakkan imej cikgu semalaysia

kali ni aku letak video retard si cikgu yg bernama shida...korang nilai lah sendiri cikgu ni! cikgu ke ni? cam pesakit mental gila popularity je aku nengok






pesanan kat cikgu *tak sanggup panggil cikgu* Shida, sedarlah diri oi, takyah la jadi camni, jadi la cikgu yg berjasa kat anak murid, nanti kang anak murid pon malu nak ngaku...dah2 la tu yer cikgu....

tapi aku pelik kementerian pendidikan tak amek tindakan ke? jatuh imej cikgu2 semalaysia

date di malaysia~


memandangkan aku akan balik ke malaysia dalam masa 3 hari lagi, so banyak bende dalam kepala otak aku sekarang, yeah Malaysia mode..jeng jeng jeng, aku akan pulang ke negara aku walaupun sekarang pergolakan politik seks makin berleluasa, ahhh pedulik anjing apa aku, aku dah jemu dengan taktik politik haram jadam ni, *oi ko tak takut kiamat ke? kotor gila taktik* oppss malas nak cakap pasal politik tak pasal2 aku kena band dari masuk malaysia pastu jadi permanent resident kat negara gila kriket ni...

banyak plan aku selama sebulan ni, nantikan aku menggegarkan malaysia!! yeah

sebenarnya aku ada date kat malaysia, hehehehe, date yg paling best kot, korang mesti jeles kan? apa nak buat nasib badan aku menjadi kali ni HAHA

*hidung kembang bangga*

nak tahu sape aku nak dating balik ni?
..........................




































jeng jeng jeng jeng jeng!!!!


nilah orangnya~ hahaha jeles kan jeles kan? peduli apa aku korang jeles hahahaha

mode gila bayang~ okeh bye,

baru habis final exam aku merdeka!! malaysia wait for papa!~











Thursday, March 24, 2011

bunuh diri di kb mall?

malang betul nasib satu2 nya pusat membeli belah di kota bharu, yg sering dibangga2 kan rakyat kota bharu khususnya, dan rakyat kelantan umumnya...aku tau, kb mall tersohor di pelosok dunia, sampai kat india pon dorang cakap2 pasal kb mall, tershohor kaN? aku taw ko jeles dgn kb mall! hhaha

ok full stop! bukan aku nak citer pasal kemegahan, keunikan, kepopularan pusat membeli belah terbesar kelantan untuk setakat ini, bukan, aku nak citer pasal tragedi-tragedi di kb mall, maksyukk!!!~

dulu kes kereta jatuh dari parking tingkat atas, sorang pelajat masterskill terkorban dihempap dek batu-bata konkrit tu, kesian, al fatihah, dah tertulis nyawa dia diambik kat shopping complex tu...tu kes lama, aku malas nak citer, bukak you tube cari or google la, mesti kuar punyer

ni ada plak kes orang nak hantukan kb mall, cubaan bunuh diri..apa kes la cik adik? stress sgt ker?

so aku nak bincang sebab2 kenapa dia nak bunuh diri, mungkin kena ngan tekaan aku, mungkin~~

1) kan result spm baru kuar, tu la sape suruh ko amek 18 subjects? kan dah ada sebijik B, stress cari tempat tinggi nak lompat badan terburai.....pastu kb mall berhantu! oi ko jgan aku nak balik ni nak pi shopping kb mall, nak makan kfc, mcD, A&W, secret recipe (ada ok ingat KL lumpur je ke ada)..kalau berhantu camne? tgh shok2 makan secret recipe cake tu tibe kau datang kacau, pau kek aku...makan penampar la jawabnya...cadangan: takyah amek banyak2 subject, amek jer 9 subject...

2) putus cinta? adeh la, putus cinta ko bunuh diri, balak ko lagi la suka weh, ko dah ganggu hidup dia, pastu bile badan ko terburai lagi la sonok dia nak cari awek lain...cinta monyet ko nak bunuh diri? tau la cinta monyet takyah la nak panjatt2 kb mall weh, tu tempat shopping la, bukan tempat panjat2, kb mall bukan la tinggi sangat pon...kalau nak tragis lagi, pergi lompat kat billion shopping centre, ko panjat sampai tingkat 30 terjun, kan senang, lagipon aku tak pergi dah billion tu...jam bai! tak pon, ko pergi la terjun kat kl tower ke klcc ker, tingkat 80++ kot, konfem, jatuh terus ko KO, pastu ko hantukan klcc tu ek, tempat maksiat tu HAHA

3) ko kalah main bowling kat pacific bowl? mungkin? jap aku fikir? ala dik, bowling je pon, nak score 300 buat apa? bukan ko nak wakil malaysia pergi olimpik pon! aku standard masuk longkang rileks je, takder nya aku nak bunuh diri penggal kepala hantuk kepala ngan bola bowling saiz 14 sebab bola masuk longkang...main guli la best lagi cik adik oi! stress!!

4) ni mesti minah rempit! motor kena curik kat parking kb mall? pastu nak bunuh diri? aduyai! kata minah rempit tak rock la beb bunuh diri! basikal kan ada...kena curik gak? jalan kaki la adik! jgan bunuh diri, bukan boleh dapat balik ko nyer motor tu! hilang nyawa tu mana la leh ganti ngan hilang motor! kan masuk neraka free tak bau syurga cik, simpang!~ (ala2 usop HKLBR)

5) tak pon ko nak jadi spider woman? fuiyoh! mantap2 (clap* with standing ovation) OI! ko tu orang melayu la, takyah berangan nak jadi spider woman! jadi jer keluang woman, baru la 1 Malaysia, ko ni nak banggakan hero2 luar watper? hero malaysia berlambak! ko jadi la bawang putih ke, bawang merah ke, puteri gunung ledang ke, tak ke kemelayuan habis tu? dorang mana ada nak panjat2 nak bahayakan diri ini! hampeh! go go filem melayu!

ok dah la tu! mesti kena antara 5 sebab ni...

cik adik, tak payah la ko hantukan kb mall weh! aku takut hantu pochong T.T seryes seriau badan aku

ok till next entry, kiter bincang masalah2 dunia plak, malas la nak bincang pasal aku nyer study, tak pasal aku terjun gokul tower tu, hantukan day fresh (tempat kitorang lepak) baru padan muka si bashir tu!

bye~ nak tunggu exam kol 9 tapi mata tak ngantuk2

btw video minah tu cuba bunuh diri ada kat utube, korang google la ek

Saturday, March 19, 2011

19th March again











yezzzaa~ 19th march datang lagi, ini maksudnya hubungan kami dah 1 tahun, insya-allah akan kekal~ doa2 kan lah kami...=)

setahun dah kami bersama, terasa kejap...huhuhu

hari ni kuar makan element, makanan dia best~

aku nak kongsi hadiah anniversary aku~ hehehe

memang best, dia compose sendiri lagu ni memang best, berulang2 kali aku dengar, lagi ni pasal kisah kami =)

enjoyz~







terpaku.... aku kaku..
kita bertemu.. menjadi satu

oh cinta.. datang menyapa
membawa pergi.. angin mendung...angin mendung.. hoho

terkisah layar hati
seribu mimpi.. kau & aku
oh kasih kan terus hadir..
tak pernah jemu selalu....selalu..hoho

dunia terasa indah..
hapuslah semua gundah
cerita kita bersama
tersemat di hati kita
selamanya...

Category:

Tuesday, March 15, 2011

is she sweet?

ya! dia sgt sweet, sweet sgt terhadap sweet terhadap aku...sebab aku ni boyfriend dia haha, untung kan aku dapat dia..hehehe...

setiap kali aku down, setiap kali semua orang menjauhkan dri dari aku tika aku berada dalam depresi yg termat sgt, dia tak pernah gagal untuk hiburkan aku...aku sayang dia sgt2..syg sgat2 (okeh dah start jiwang giler babeng dah...)

...................................................................................................................

dia selalu wat video kat aku, haha, dia pon jiwang gak la sama ngan aku...so sebab ni blog aku, aku letak la bende special dalam blog aku..aku suka letak bende2 special ni...tak salah kan aku letak video ni? hahaha semangat dia wat video ni masa malam dia nak amek final exam...lepas tensi study la katakan haha

...................................................................................................................

sebenarnya aku tak suka pon lagu anuar zain (sebab dia gay yg amat) tapi bila awek aku nyanyi ni, rasa sedap la plak, kalau laki2 nyanyi memang aku lempang la muka dia haha

ok la enjoy jer la ek





k la nak tido...dekat kol 7 aku tak tido2 lagi sebab nak habiskan bab glaucoma...harap2 dapat la ingat pastu curah atas kertas exam ri jumaat ni...pastu kalau nak lupa pon takpa la haha

NYTE~

perpisahan~



perpisahan
composer: dow
lirik: bobo/ dow


seki|as pandangmu menusuk kalbu
senyum di wajahmu menguis rindu
tak ku sangka ia berakhir
namun ku tetap disini
kasihku


tiap kali ku terpandang gambarmu
seribu kenangan terimbau sayu
kau ku rindu, kau ku sayangi
dimanakah janji mu

mengapa begini kasihku
usah kau ragui
kerna cintaku hanya padamu
permaisuri hati
takkan aku biar kau berlalu
jangannlah kau pergi
akan ku nanti disini
hadirmu

.....................................................................

ni lagu kedua kami cipta sendiri..haha bosan kan hidup kami? tapi ni la yg selalu kami buat biler lepak bosan2, layan jiwang...buat lagu...tapi dow yg pandai compose lagu, aku wat senikata aka lirik jer..haha...at least hidup kami takde la terkongkong sangat kat sini...ada bende best yg ada untuk dibuat

.....................................................................

enjoy yer

Sunday, March 13, 2011

lena yang sepi

hanya nukilan seorang manusia yg depresi

sunyi sepi, gelap hati ini

menjalani hidup seorang diri

jatuh, bangun, lukaku biarkan,

biarku sendiri, menyepi disini

mengapa tiada lagi bintang,

hidup mengundang sepi,

tegakku berdiri, jatuhku sendiri

tidurku dipeluk oleh malam

yang kehilangan bintang

tiada lagi cahaya

menyinari hidupku~

akanku tempuhi hari-hari

rindu berlagu sepi

pulanglah dikau cahaya

menyinari hidupku

memang kena benar lirik lagu dari pakdow ni pada masa keadaan aku seperti ini, sungguh hebat puitisnya




onak duri belukar hutan simpanan semua aku tempuh, aku juga manusia yg milik impian, tapi impian aku masih jauh, tambah dengan perangai melayu aku yg sememangnya malas dan tinggi-langit-punya-angan2.. namun aku bukan bodoh, bebal, aku juga punya kudrat walaupun sedikit..memang tidak mengcukupi namun ia tetap ada di dalam hati aku yg dalam ini, kamu mungkin tersenyum bila membaca nukilan hati seorang pemalas bangsat macam aku... namun percayalah, aku dah buang jauh2 sikap ambil lewa aku yg dulunya menebal di benak aku yg kurang matang ini..

cita-cita aku untuk menjadi doktor seakan2 terkabur, terkabus, terkambus dalam2, mana titik akhirnya? mana cita2 aku selama ini? mana? hanya aku yg tahu, kamu bedebah2 di luar sana yg dulu tersenyum sindir melihat kejatuhan aku, takkan ketemu jawapannya..cita2 aku masih dalam, tapi aku simpan...hanya dendam kesumat di dalam hati aku sekarang ini, terhadap celaka2, bedebah2, jahanam2 yg sedang ligat membunuh aku dalam diam...kamu tunggu~ sekarang ya, muka aku disalut tahi, sebusuk2nya, kerana sejarah itu kamu ungkitkan, tapi tunggu!

apa salah aku? mana janji2 mereka? mana? kenapa alik2 aku yg menjadi mangsa kerakusan mata wang runggit? sengkek sangatkah kau wahai pendusta? sehingga duit2 kami kamu mahu telan? bukan sedikit..bukan 100rm....bukan 200 rm..sedangkan keluarga juga bertikam lidah bila puncanya dari wang ringgit, walaupun sekeping not 100, ini rm 2000, aku bukan anak jutawan~ aku bukan anak perdana menteri...aku bukan anak bill gate mahupun siapa2 sahaja yg punya segunung wang ringgit...oh aku silap, 2000rm untuk satu paper...tak banyak kan?

ini kisahnya...........................................................

dulu aku pemalas bangsat, pemalas untuk menjejakkan kaki ke kelas~ sehingga aku tidak dibenarkan mengambil final MBBS fasa ke dua dalam subject Microbiology..dengan hanya attendance 71% dan carry mark 73%, aku tidak dibenarkan masuk...lagi 4% untuk mencukupi kehendak pihak universiti..bagi aku carry mark aku dah cukup bagus untuk mengagumkan pihak university walaupun tidak lah seberapa sangat jika dibandingkan dengan pelajar2 pintar batch aku...aku tahu mana aku berdiri, aku jatuh aku tahu mana tempat tersembam aku...tapi itu sudah cukup bagus...kerana itu attendance, rm2000 bakal terbang...tidak mengapa kerana abang2 akuu orang senang, dia langsaikan bayaran itu..ya aku bersyukur, aku gembira ada abang2 yg sanggup menolong aku...aku insaf, aku sebak, aku janji mahu berubah...

fasa ketiga bermula setelah aku berjaya dalam peperiksaan tambahan atau juga dikenali sebagai suplement paper untuk microbiologi...aku tahu, kamu tidak bangga..tidak mengapa, aku bukan ingin membanggakan sesiapa pon...tidak mengapa~ tahun ini aku tempuh 3 subject yang agak mencabar..opthalmology, ENT juga community medicine..aku sangat jarang memonteng kelas2 penting ini...kalau ada pon dalam sekali sebulan..aku ingatkan sepanjang tahun 3 dalam kursus ini, aku mampu membaiki balik attendance aku yg lepas..namun gagal kerana sejarah lama aku menghantui aku...aku cuba, aku cuba..untuk membaiki semula peratusan attendace aku yg aku ponteng semasa aku di tahun 2..namun usaha aku untuk berubah gagal, terhenti di persimpangan..aku bertanya sendiri mana silapnya aku tahun ini

community medicine:

semasa nak amek exam supplment paper microbiology, aku ditahan 2 bulan dari memasuki kelas 3rd year..aku kena clear kan dulu subject microbilogy dimana peperiksaannya jatuh pada bulan jun...tapi si bangsat2 orang tua nyanyuk dalam fakulty community medicine itu menandakan absent pada kertas kedatangan aku...tak banyak 34 kelas sahaja..

gila mereka, mereka gila... aku ditahan dari pergi ke kelas selama 2 bulan, dan bekas dekan aku juga memberikan kebenaran untuk pelajar2 yg ambil supplement paper untuk tidak menghadiri kelas dan menyuruh aku belajar untuk clearkan subject mirobiology aku..dekan berjanji pada aku akan selesaikan masalah aku, dimana orang2 tua di fakulti community medicine itu menandakan absent pada helaian kertas kedatangan aku...biler keluar sahaja list attendance...aku kaku! gamam! kaget! mengapa mereka berpaling? berkata dusta, memutar berita? dasar putar alam! aku jumpa perempuan yg menjawat jawatan associate dean, seperti biasa...dia jelik melihat aku kerana sejarah aku..tidak adakah ruang untuk aku berubah? sekali buat silap selama-lamanya salah? dia tak mahu menolong aku...sedih! aku sedih! aku call bekas dekan aku (sekarang sudah berhenti kerja, mungkin tensi dengan kongkongan universiti gila duit ini)..bekas dekan aku menyeru aku membuat appeal letter...aku buat, aku hantar, namun dekan baru ini seolah2 buta IT, tidak pandai untuk membaca email dari aku...biarkan!~ 36 kelas yg terbuang yg bukan salah aku, tidak mampu untuk aku betulkan...yang mana jika diperbetulkan akan melayakkan aku untuk menduduki ujian community medicine...masa depan aku hancur lagi, duit bakal melayang lagi...cukuplah untuk menampung si botak itu untuk membeli mercedez keluaran baru di pasaran...kesian...

aku akui, aku tidak berminat dengan community medicine, subjectnya yg susah tambah lagi dengan pensyarah2 yg tua dan membosankan...subject itu aku gagal berulang2 kali dalam peperiksaan kecil...aku pasrah, aku nekad untuk ambil supplement paper untuk subject itu, dan fokus untuk ENT dan opthal...

namun........

masalah datang lagi, janji meraka putarkan lagi, mereka belitkan lagi, mereka..mereka..mereka...JAHANAM!

aku tidak dibenarkan masuk exam ENT pula, kerna masalah carry mark aku..jahanam! kenapa? aku tidak pernah gagal dalam ujian penilaian dalaman kedua dan ketiga..aku dapat 72% dan 55% dalam 2nd dan 3rd IA (internal assestment) ..kenapa carry mark aku 30% sahaja? tidak layak aku untuk mengambil ujian final, requirent minima ialah 35% .. itu BERUK namanya...BERUK, Orang Utan! ()*&)&(*^%*$&*_!!!

aku pergi berjumpa associate dean aku, dan melihat semula cara pengiraan carry mark aku...apa kena? kenapa teruk sekali..30%? adakah aku sebodoh ini? bangsat! semua persoalan terurai apabila aku mengetahui carry mark aku dikira dari 1st internal assestment! aku terbakar, muka merah, jiwa memberontak, minda ku kacau..aku tertekan, setitis air mata kekesalan terkeluar dari mata jantan aku ini...tidak pernah ku menangis selama beberapa tahun..air mata jantan aku mengalir, makin laju, jiwa teresak..kenapa teruk sangat...aku diam...cuba menghubungi ibu bapa untuk merungkai semua bebanan di hati....

kenapa dia kira 1st ia aku..........

..............

..............

..............

9 bulan lepas......

sebaik sahaja aku mengetahu keputusan paper microbiology aku, aku tersenyum riang

dekan lama : tahniah! awak lulus, awak boleh teruskan dengan kelas 3rd year awak, kedatangan akan dikira bermula esok! jangan risau kedatangan awak semasa awak mengambil ujian microbiology tidak akan dikira...3 bulan kelas yg awak miss tidak akan dikira kedatangan...dan carry mark awak akan diambil bermula 2nd dan 3rd IA...

aku senyum! terima kasih datuk! aku gembira...aku akan sentiasa ke kelas~ itu janji aku untuk subject ENT commed dan Opthalmology! terima kasih

..........

apa jadi sekarang? kenapa kamu mengambil attendance aku dari bulan 4, dimana attendance aku sepatutnya dikira dari bulan 7...dan juga pengiraan carry mark yg sepatutnua diambil dari 2nd IA...kamu penipu! kamu mainkan masa depan aku, itu semua wang! kenapa kamu mengambil mudah? kenapa? aku jumpa lagi associate dean! katanya :

" i cant do anything about this! u need to ask datuk for that!"

"but my carry mark is so low"

"so u need to score really high for ur final"

macam mana mahu score jika exam pon tidak dibenarkan ambil =.=

mana aku mahu mengadu?

damn it! datuk sudah berhenti kerja! dia tidak lagi dekan di university mata duitan ini....apa guna kau! associate dean!? ini carry mark aku, masa depan aku! bastard!

...............

aku memberontak! ramai lagi yg kena macam aku, bukan aku seorang! tapi jiwa aku geram! ingin sahaja menumbuk muka pengasas university mata duitan ini..haram!

..............

aku bertambah pelik apabila junior aku yg jauh lagi rendah peratusan attendace ( below40%) dapat memasuki exam..(kepada kamu, jgan berkecil hati, aku hanya ingin menambahkan perencah sahaja, menguraikan segala persoalan aku, jangan berkecil hati) ...kenapa mereka dibenarkan? dulu aku 71% microb tidak mampu menjejak kaki ke dalam dewan peperiksaan berhawa dingin itu..tapi dia mampu memasuki kesemua suvject! mungkin itu rezeki dia..rezeki dia, aku terima...untung rm8000..

dulu pernah berlaku juga kesilapan dalam kertas kedatangan microbiology aku..pada mulanya attendance aku 91%, maka aku rasa attendance aku sudah cukup~ namun tahi berlaku lagi di akhir pengajian tahun 2 aku...jabatan microbiloy sebenarnya tersilap menulis kedatangn aku..sebenarnya 71%...bangsat, bende penting dibuat main...kalau *kalau itu tidak pernah wujud sebanarnya* kalau lah aku tahu awal2 71% dalam masa 2 bulan aku pasti akan rajin ke kelas untuk membaiki balik attendance microb aku..merasakan 91% sudah sangat tinggi, aku ponteng 2 minggu kelas sebelum bermulanya final exam tujuannya untuk menumpukan segala fokus untuk peperiksaan..self study is better for me..(jika aku pergi maka dapatlah aku membaiki attendance yg hanya 4% kurang...) shit happened! hanya seminggu sebelum bermulanya final exam, aku mengetahui aku tidak lepas attendance...dan tidak dibenarkan masuk...71% sebenarnya...kenapa mereka memberitahu seminggu sebelum exam yg attendace aku silap? ..................kaku lagi

damn! tengah melayan mengarang boleh pulak blackout* bodoh!

2 minggu aku pergi ke hospital semata2 untuk memasuki final exam...aku cuahkan semua kudrat aku, menghadiri kelas tambahan dan jugak clinical class..tapi itu semua kerja sia2!



aku bakal berada di tahun terakhir pengajian aku bulan 4 ini..aku akan belajar bersungguh2, akan aku jadikan segala pengalaman ini sebagai titik tolak dalam hidup aku...aku akan tunjukkan pada kesemua jahanam2 mata duitan itu~

ini semua suratan darinya..aku pasrah aku terima...tapi aku tidak akan melupakan jahanam2 yg menyusahkan hidup aku dengan janji2 kosong mereka! im gonna pay ur kindness one fine day~ itu janji aku, azimat yg aku simpan dalam hati ini untuk aku membalas dendam~! aku tekad!

apa2 pun terima kasih doktor-doktor di clinic aku..kerana kamu semua memang baik..opthalmology~ aku akan berusaha bersungguh untuk kali ini
.................................................................

kepada pembaca:

mungkin kamu hanya menyalahkan aku diatas apa yg berlaku terhadap diriku...tapi kamu hanya mengetahui secara luaran sahaja, kamu semua tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku..dan kamu hanya tersenyum mengutuk aku pabila status2 aku berbau marah dan panas...bagi kamu semua salah aku~ tapi aku tak salahkan kamu...kerana kamu tidak mengetahui...jika kamu berada ditempat aku, dunia ini tidak pernah adil terhadap diriku..aku tidak bodoh~ cuma aku diperbodohkan!

sudah banyak aku susahkan abang2 aku, kakak2 aku dan ibubapa aku..tidak sanggup aku bebankan mereka lagi...mereka sedih mempunyai adik seperti aku, anak seperti aku, aku tahu mereka tidak bebangga dengan aku lagi seperti mana dahulu kala.menjadi pelajar yg sangat pandai mengatur hidup dan pelajaran~ tapi itu dulu, sekarang aku hanyalah seorang yg hanya menambah beban bagi mereka...aku minta maaf

kali ini tidak akan ku bebankan mereka lagi...aku ada kuderat untuk mengumpul duit membayar supplement papers aku..rm4000...aku jual segala2nya, motor aku yg menjadi kemudahan aku kelas, semua bende2 yg menjadi aset aku, aku jual....aku mampu berdiri sendiri kerana aku anak jantan, bukan lagi budak hingusan yg hanya mampu bersandar pada kesenangan keluarga aku...

walaupun kali ini bukanlah salah aku...kedatangan tahun ini adalah 95% tapi.......*aku buntu*

"tegakku berdiri, jatuhku sendiri"