Tuesday, April 28, 2009

mantap!

Perlawanan Persahabatan Kelantan Dengan MU Dan Liverpool

KOTA BAHARU, 27 April (Bernama) -- Pasukan Kelantan akan beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak utama Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool sewaktu lawatan mereka ke Old Trafford pada Ogos depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata dengan adanya dua perlawanan persahabatan itu, hadiah lawatan daripada KAFA kepada skuad negeri yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA bukan sekadar lawatan pelancongan semata-mata.

"Janji untuk 'Wira Merah' untuk dibawa ke Old Trafford akan tertunai tetapi mereka ke negara itu bukan soal melancong semata-mata kerana akan diadakan perlawanan dengan dua pasukan bola sepak itu sewaktu lawatan mereka nanti," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari pasukan bola sepak Kelantan bersama media di sini isnin.

Beliau berkata lawatan itu juga bertujuan untuk melihat corak pengurusan pemain di negara itu dan melihat corak industri bola sepak antarabangsa selain membawa pasukan Kelantan melawat beberapa tempat istimewa di negara itu.

Katanya lawatan ke Old Trafford itu akan disertai rombongan 70 orang termasuk 40 orang pemain Kelantan dan pegawai serta 30 penyokong bertuah yang dipilih menyertai rombongan itu melalui pakej istimewa yang disediakan.

"Meskipun pasukan kita belum mampu menamatkan kemarau 88 tahun untuk memenangi piala tetapi kita harap dengan hadiah ini semangat mereka tidak luntur untuk terus meraih kejuaraan dan memburu piala dalam perlawanan yang akan datang terutama Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal tiba nanti," katanya.



-- BERNAMA

Monday, April 27, 2009

i got my raya ticket oready~

raya cuti 2 minggu tapi sebab kolej aku nih kedekut cuti so aku extend lagik seminggu~

balik from 19th of september (yes satu hari sebelum raya baru sampai msia) up to 11th of october...

bulan 6 pon cutik sendirik selama 1 and a half weeks..from 1oth of june up to 21st of june..

p/s: im gonna be more serious in my study, being a medical student (at least for this 2nd year) is not that easy, and study last minute wont promise me any good result...procrastination kills...first year is not this hard, so last minute study was not that bad, but not for this year..hehehe...will see how long will it last~ and one more thing, my result for my first internal assestment was totally crap, erghh..padan muka..saper suruh tak serious!!ok fine, move on! tak bersedih lah ngan result sebab i deserve it! but it was not the end of the world! and today was my first opthalmology class (i mean the first class i attended eventhough the class had started one week back, but still, i skipped the OPD..
42 days to go!!cant wait~

anonymouses, any word to say?

Sunday, April 26, 2009

beruntung jadi anak kelate

post kali ni kawe nok kecek kelate lah..sebak lamo sangat dok negeghi oghe ni, ghindu kawe ko kelate..bialah gapo oghe nok oyak, kawe tetak anok kelate...oghe dok kutuk2 pasal kelate, kawe senyak jah...oghe kelate baka jip polih pon ado sebak..buke sebak kaloh bola, oghe lua tok tahu dok kecek banyok..oyak kelate gitu la gini lah..sek dio tok tahu gapodio tapi kecek po tahu serebo serebi..mapuh gi la sek mung..aku anok kelate

bule ne ni aku nok balik kelate, saing2 aku pon nak maghi kelate...nati aku bawok sek mung derak kelate, meme tok maju po kl, namo pon ibu negaro, pah nok soho wat gapo gak..kelate pon maju jugok, tepak sedak pon banyok...nati sek mung maghi aku bawok la gi jale..

takdi tibo2 aku bukok utube dikir barat..sado lagu nih, meme sedak la nga jiwo aku..ghindu nok balik kelate...tokse doh dok india nih kalu bulih..nok jah balik kelate tgk kapong aku, ame dama...tok serabut2...pata pon banyok

ni lagu cikgu sulizi..dikir barat..aci sek mung baco gapo lirik dia..meme mengambarkan pasa kelate nga masyarakat dio...

hehehe

berutung jadi anok kelate


berutung bena ku jadi anak kelate
tepak melayu ghama oghe tino come come
hute belane buleh pakak tebe
dale dale sunga pon banyok lagi ike

duduk tok takut
kito tok baloh
pitih pon cukup baghe2 mughoh

nati ke ngatuk oh male bule ceghoh
main daun teruk takdok sapo nok maghoh

maghi maghi kito pakak wak kijo
besatu hati tok kigho tuo mudo
bia negheri kito kayo ghayo
nikmak tuhe bui kito jange lupo

ado kijo bende ado tane tebaka
ke laut mukak ike tok peghaih atah keda

nogheh getok oghe ado cikgu keghani pegawa
ghakyak caghi make takdok lagi hok lapa

tanoh bayok lah kilik guo muse
kito tok tomok bagi sikik soghe
hasil lemboh tani tanoh hute
bui ke anok cucu maso depe

sbukuh nasik belauk
te ghokok strek
baghu sedak duduk
kenye spagi terik

heret anok berok
paka baju caghik
kain kilah ghusuk
basika takdok brek

pohon kayu kaye
tumbuh hidok segar
duku mokte dughie woh ghedah jeghing peta

besu lebe mede uh kane jati cenga
aka buloh ghote ambiklah pakak jua

beghutung bena ku jadi anok kelate
jughuh peranga ghama oghe saye
sudoh terkena sapa ko negeghi oghe
caghi pitih panda kito tok suko beghute

napok come bena maso naik kapa trube
lekok2 sunga ado bukit tanoh depe
bumi tok cema hok kito ghakyak kelate
bialah kekal semangat siti we kembe

________________________________

korang mesti tak paham apa aku cakap ni kan?
ehehehe..nilah keistimewaan aku yg korang takde..haha

nanti anonymous nak kutuk pon takleh sebab tak paham apa aku kata ni..hehehehe

Tuesday, April 21, 2009

dunia oh dunia~~

i got this news from uk's news..here it goes

I see a lot of strange news stories in this job and this one, which was featured recently in a German newspaper, is up there with the strangest.

A judge in Stuttgart, Germany, is currently trying to decide on a lawsuit in which a man hired his neighbour to impregnate his wife.

It gets weirder.

Demetrius Soupolos, 29, and his former beauty queen wife, Traute, were very keen to have a child together, but Demetrius was sterile so they began to seek out other possible options.

The option the couple eventually decided on was to hire their neighbour Frank Maus, 34, to impregnate Traute.

Maus, who was already married with two children agreed to do the job for the fee of €2,000. For three evenings a week for the next six months, a total of 72 different times, Maus tried to impregnate Traute.

When his own wife objected, Maus explained that he was "only doing it for the money."

After the unsuccessful six-month period Soupolos insisted that Maus take a medical examination. The doctor concluded that Maus was also sterile, which forced his wife into admitting that their two children did not belong to him.

Soupolos is now suing Maus in an effort to get his money back. Maus' argument is that he did not guarantee conception, only that he would try his hardest.

Saturday, April 18, 2009

bukan diriku



Setelah kupahami aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Chorus :
Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..

Friday, April 17, 2009

bunuh aja pemandu bas bodoh itu

kebodohan pemandu bas di malaysia memang tak dipertikaikan lagi..dulu masa kat kmb, beberapa kali jer balik kelantan naik bas sebab dorang bawak bas macam haram..laju kalahkan kete f1..giler ke apa..teros aku amek air asia jer balik..tak sanggup aku mati di tangan pemandu bas yg mereng dan gile nak mampus..kalau dorang bawak anak beranak dorang takper la..ni bawak nyawa org lain..

ingat kes kat bukit gantang beberapa tahun lepas..ngeri sungguh..sebab apa, pemandu bas tu tido masa bawak bas..haizzz....org bagi kerja tu wat la kerja bebetol..ni tak, bagi kerja pi bunuh org...

berita kat malaysia hari ni..bacalah...sedih aku dgr...macam bodoh jer pemandu bas tu...harap kena hukum gantung, tak pon hukum sula kat bontot kuar kat molot..baru pemandu bas lain sedar kot..

masa aku drive dari kb ke kl bulan 12 hari tu, terserempak ngan beberapa buah bas yg bawak laju giler..dah la malam, jalan bukit2 lak tu, konpem aku takleh tido kalau naik bas tu..aku kejar pon tak sempat...maklumlah bawak mivi je pon..hehehe...tapi persoalan disini bukan lah kereta apa yg aku bawak, masalahnyer asal pemandu bas tu bwak keter cam pelesit...ko tu bawak anak2 orang la ngok...kalau ko nak bunuh bini ko ke, anak2 ko ker, pedulik apa aku...ko bawak la kete ko sendirik laju2 pas2 gi hentam tembok ker, masuk gaung ker, langgar pokok ker, gi langgar mat rempit ker (eh takder lah..gurau jer..mat rempit pon nak org gak)...pas2 yg mati nyer anak beranak ko gak kan...hahaha...ni gi bunuh org lain apa jadahnyer wahai pemandu bas weh...


ANGGOTA polis dan bomba memeriksa kenderaan yang terbakar selepas dirempuh bas ekspres di KM 16, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat Kampung Parit Kaspan, Batu Pahat, semalam. Dalam kejadian itu, kereta dipandu suri rumah, Siti Kalsom Borhan diseret bas lalu terbakar dan turut meragut nyawa dua anaknya Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3.


BATU PAHAT: Lagi nahas membabitkan bas ekspres. Kali ini seorang suri rumah dan dua anaknya rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh bas itu di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat berhampiran Kampung Parit Kaspan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, Perodua Kancil yang dipandu suri rumah itu, Siti Kalsom Borhan, 35, dikatakan diseret bas berkenaan sejauh 10 hingga 15 meter sebelum kereta itu berpusing di tengah jalan dan terbakar

Mayat Siti Kalsom serta dua anaknya, Shahira Aishah Hafiz, 6 dan Shahira Aliya, 3, ditemui terperangkap dalam kereta, manakala pemandu bas ekspres serta lapan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas ekspres itu memiliki enam kesalahan lalu lintas sebelum ini, kebanyakannya kerana memandu melebihi had la-ju.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata bas berkenaan dipercayai mengekori rapat kereta mangsa menyebabkan pemandunya tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang Perodua Kancil ketika Siti Kalsom hendak membelok ke simpang jalan Kampung Parit Kaspan.

Beliau berkata, orang ramai cuba menyelamatkan tiga beranak itu, tetapi gagal apabila api marak dengan cepat.

Ketika kejadian, Siti Kalsom dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Parit Kaspan selepas mengambil Shahira Aishah dari kelas Tadika di Batu Pahat.

Pemandu bas berusia 46 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu kini ditahan di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. Polis juga mengambil sampel darah dan air kencing pemandu bas itu untuk ujian dadah atau alkohol.

Thursday, April 16, 2009

habis exam...wat's next?

exam dah habis...lega dah pon walaupun practical exam next week...apa2 pon theory da habis walaupun jawapan semua bantai ikut kepala otak mereng aku..wahahahaha

apa nak buat lepas tu?

hmmm..rehat2 sebelum 2 nd Internal Assestment tiba, haihh...exam2..asal susah sangat...skang hidup dah tak bosan lagi..sebab dia ada ;) and sedang menunggu something yg dijanjikan...exam dah habis..so? hmmm....dia pon kata nak balik malaysia bulan 6 nih and dia balik kampung kat kelantan!!yes2..jom kite lepak pantai yer..hmhmhm u know who you r~~~

tgh tunggu next allowance sebab nak beli tiket balik malaysia bulan 6 ini, harga sangat murah which is 18k rs jer...fuhhh..murah2...tak sabar nak balik bulan 6 ni walaupun takder cuti, mampuslah...saper soh tanak bagi cuti...hahahaha

so perkara yg nak dibuat kat malaysia and kenapa aku nak balik sangat

1) nak refresh otak aku yg dah tepu ngan theory2 medicine yg sangat bnyk dan meluatkan kepala otak aku ni..nak jumpa abah, che ngan semua org..and konpem la makan makanan malaysia lak..huhu..nak jumpa adriena gak!!

2) nak jumpa adek aku, faiez almaklumlah, dia dah nak fly ke USA..so dia lah org ketiga dalam adek beradek aku yg akan belajar kat us selain abg yee (wisconsin university, michigan) and abg ayat (university of kettering, detroit)...abg yee dah kerja kat dahran jadi geologist kat sana, abg ayat lak dah jadi org minyak dah, dok kat pelantar jer..so dia lak bakal jadi petro engineer...hari tu dia dapat placement kat collorado...hmmm...sedeh lak aku, kalau tak balik konpem la susah dah nak jumpa lepas ni..cuti aku bukan banyak pon..so sebab tu aku nak balik jumpa dia...go bro go...best dia dapat gi US..aku gak kat india ni..hmmm..namenyer belajar oversea tapi tak gempak pon..setakat india jer..hahahaha...semua nak jadi engineer...aku gak la ikut jejak langkah kakak sulong yg nak jadi doktor..dia takpa la dah lebih dari pakar..dulu pakar radiology skang upgrade jadi neuroradiology kat royal melbourne hospital..haizzz....study2..tak muak ker study...

3) kawan2 aku dari ireland and usa nak datang kelantan, so ramai2 nak tido umah aku..banang, bapak, bijan, izul, aizat and lain2...datang2...rumah aku muatnyer nak isi 20 org sekali pon..hahahaha...then kitorang akan menghadiri majlis kawen member aku..oit awal kawen!!dah kawen ko yer...takper2..kitorang pergi memeriahkan majlis ko...nanti aku kawen korang semua pon datang la kelantan,,,pas2 janji ngan dorang nak gi lepak tok bali makan ikan bakar baik wokkk!!lepas pantai ker..usha awek kelantan ker..hahahahaha....

perghhh..tak sabar nak balik msia bulan 6 ni walaupun aku balik dari 10 jun sampai 21 jun jer..kejap jer..ceit!!damn nyer india, cuti tanak bagi...kalau tak, aku memang dah bahgia dok kat malaysia tu..kat sini asek ngadap muka bashir jer, lepak jer day fresh, makan jer day fresh..takder tempat lain ker...

so looking forward nak jumpa korang semua, alip, ayee, tupa, lit, nazir and semua yg nak datang kelantan!!kite kasik gegar kelantan wokk!! tapi korang jgan lak jadi cam org kelantan bodoh yg pi bakar bas sebab team kelantan kalah bola...hahahahahahaha

so skang, lpak jer la kat india sampai hari tuh tiba

54 days to go!!

Monday, April 13, 2009

post-patho exam

owh soklan tadi naseb baik boleh jawab semua...senang kot...nak distinct tuh tak pasti kalau nak skor tu ok la...

esok microb lak mesti boleh jawab sebab bukan susah pon medic ni...saper2 takleh jawab sure bengap! hahaha

tapi soklan tadi aku rasa macam boleh la nak makan, long essay kalau tak dapat full mark tuh sah lecturer sajer nak boikot aku...al maklumlah, ilmu aku lagi banyak dari dorang..=)

kepada lecturer2 (kalau dia baca blog aku ni), asal sikit sangat portion yg masuk..kalau boleh kan, kalau boleh la, masukkan semua yg third year nyer subject sekali, baru lah rasa challenging sikit nak jawab patho, ni tak..kalau setakat 9 topik yg tak berapa panjang tuh, satu malam pon aku leh habiskan...jawab lak macam pejam mata jer sebab cam soklan budak nak amek upsr...

kepada semua kawan2 ku, toksah la study..buat biasa2 jer..aku konpem soklan kacang jer..setakat bacteria tu, senang jer...rileks la yer...

medic memang best, so jgan la menyesal yer kepda saper2 yg amek medic...

Friday, April 10, 2009

comradeS!




























malaysia..erhghh

mid jun or maybe end of may, i'll be packing up my things and fly back to malaysia

erghhh...no holidays no nothing, so i decide to make my own holiday, just a week but it is more than enough to refresh and reformat my mind

india is so awesome which drive me soo crazy, idiot msu, u think we are wat? study and study without giving us holiday to go back to malaysia

hell yes, ireland students got 5 months holiday a year and we only have 6 weeks? are u crazy??

erghh...

study pharmaco jap..kata medic student kat india

sucks!!

saper suruh main2 kat ib kalau tak ko dah jejak ireland dah bodoh!!

hahaha

Tuesday, April 7, 2009

kesepian~

dgr lagu ni dari nadiah...tetibe rasa lirik dan lagu dia sangat kena ngan diri aku skang..mungkin aku skang terlebih jiwang atau perasaan ini selalu melanda diri aku..haizzz (aku pernah kata aku nih jenis yg layan 'blues' dan dok dalam bilik sorang2 and layan jiwang sorang2 sambil dgr lagu)...

semua org pernah rasa dok lam dunia 'in love' sampai takleh nak wat pape..aku pon rasa camtu jugak skang...

dulu pernah bercinta, cinta sampai jadi org giler..sayang sangat2 sampai nak melupakan mengambil masa bertahun2...tak ramai tahu kisah aku, org2 yg rapat ngan aku tahu saper dia org tu...tapi let bygone be bygone..itu prinsip aku...

sebab tuh amek masa lama nak bukak hati kat org lain, tapi skang perasaan tuh datang balik...kesepian itu tetap melanda diri aku...tgk org lain gembira terdetik nak gembira jugak...

bukan tak nak bercinta dulu, lepas masalah dgn 'dia' beberapa tahun lalu, susah jugak nak bukak hati kat org lain...takut bende tu jadi lagi..macam org giler aku...tapi aku tak pernah cite kat sape sebelum ni biler aku sedih...tapi skang aku rasa aku dah leh lupakan semua itu

masa form 3 pernah bercinta 2 kali tapi tak lama..sebab aku masuk mrsm..pas2 baru jumpa dia...tapi biler masuk ib, long distance lagi..sampai biler aku tak tahu...loyal kah? haizz...cinta2...

skang kena sentuh lagi..kenapa?

kesepian...


kurindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

*
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

akhirnya - tetapi bukan yg terakhir!



mood untuk study dah tiba

thanks god!!

6 days to go, i'll try my very best!!

pathology, pharmacology, microbiology, and forensic medicine in progress~~

all of the subjects will b covered within these days, i'll do my best!!

mum and dad, i'll show u 'apih' yg dulu balik, insyaallah!

i wont let people underestimate me again, cukuplah dengan first year yg tak berapa menyerlah..urghhhh

harap2 mood ini akan teros bersamaku

Monday, April 6, 2009

which one is harder?



today i was lepaking at day fresh with norman, pokpa and kuhan and we talked about something which was very interesting to discuss about with u guys..i just need ur idea and comment about this long discussion with them

since i am also in this 'in-love' mode, so i found it interesting and worthy discussion to talk about...yes, before this i never have any interest in this kinda stuff but now i do..

which one is harder?

a man live without a woman or a woman live without a man?

are they really commited into relationship or just need extra attention from their man/woman?

for me, both are harder ;P

wat say u and describe...huhu

Sunday, April 5, 2009

"the pain may go away, the wound may heal but the scar will remain"

tapi skang parut boleh dipulihkan dgn plastic surgery, hehe..so tak mustahil parut ini juga boleh dipulihkan,

"learn from the past, live in the present and plan for the future"

ahhh....just forget the past, looking forward is way better!! biar apa org kata asal kita gembira..itu lagi bagus~~

positive2!!

come on, let us live a better life!

exam, i'll burst u up!

::pathology in progress~~~::

penghujung rindu

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia


Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu


Saturday, April 4, 2009

lebih baik

"lebih baik berdiam diri daripada berkata buruk"

"lebih baik buat bodoh daripada diperbodohkan"

"lebih baik bertindak daripada dipijak2"

"lebih baik berubah daripada menyusahkan"

"lebih baik melupakan daripada mengingatkan"

"lebih baik menyayangi daripada disayangi"

"lebih baik memberi daripada diberi"

"lebih baik sentiasa beringat daripada sentiasa disengat"

"lebih baik sentiasa berwasapada daripada terus percaya"

"lebih baik berterus terang daripada mengutuk belakang"

"lebih baik belajar daripada terus menjadi kurang ajar"

"lebih baik aku tidor daripada terus mengarut kerana sudah kekeringan idea"

tidak usah menjadi manusia yg bodoh sombong, yakni bodoh yg tak boleh diajar, cerdik yg tak boleh ditumpang, kerana manusia seperti ini adalah manusia yg sentiasa berada di takuk yg sama, tidak pernah untuk maju ke depan, dan mereka adalah org yg rugi

p/s: manusia sentiasa berubah, tidak salah untuk berubah jika mahu adapt dengan surrounding dan sikap manusia di sekeliling kita, tetapi berubahlah untuk kebaikan diri, bukan kerana kebaikan org lain..

Friday, April 3, 2009

azam????

kepada kawan2 aku
lupakanlah apa2 yg aku tulis dulu2
buat apa nak pikir bende lama
baik pikir ke depan
itu lagi baik
tak payah pikir bende yg dah lepas
tak maju nanti

so
aku dah delete semua post2 yg lama
hari ini, bermulah kehidupan aku yg baru
hidupku hanya untukku
dan hidup baruku bermulalah dengan mendelete semua post2 lama yg tak bawa pekdah
sebab aku dah suka ngan hidup aku skang
dan aku lupakan semua bende2 dulu yg takde manfaat tu

so post aku nanti2 hanyalah untuk hiburan aku sahaja
sharing is caring? ahhh cut the crap!

hohoho....dah masuk 4 bulan rupernyer tahun 2009
baru aku nak buat azam?
ahhh takper lah
better late than never kan?
apa azam aku?
mmmm....

1)hidup gumbira selalu
2)malas nak pikir hal org, hal sendirik tak terpikir, so pikir hal sendirik dulu
3)tanak terikat ngan saper2, kecuali 'dia'..
4)nak study,,,nak cepat2 habis medic dan dok kat malaysia
5)simpan duwet bebanyak, nanti nak kawen takder duwet...
6)serius malas campur urusan sape2, kecuali family dan 'dia'
7)tanak susahkan hidup sesaper, sebab takder pekdah
8)tanak sakitkan hati sesape, tapi kalau tersakitkan tu, mintak maap la
9)serius tanak struggle nak amik hati org, sebab aku nih jenis tak suka buat org kecik hati, tapi kalau diri sendiri pon sakit hati, baik buat bodo jer ngan sesaper
10)nak jadi matang dalam menyelesaikan masalah aku

apa yg aku belajar dan perkara tentang diri aku

1)jgan mudah percayakan org
2)aku tahu org yg suka cakap belakang2, tapi buat rileks sudaaa...
3)org kutuk aku, senyum sudaaa....drama-free hahahaha
4)nak jadi neutral, tanak sokong saper2 kalau dorang gaduh ke konflik ker
5)dulu aku benci kalau aku cakap, org buat2 muka cam tak puas hati atau malas nak layan atau buat2 tunjuk cam "aku benci ko" atau bile aku tegor, pas2 buat muka cam 'ko nak kena penyepak aku ke?", atau apa2 yg berkaitan la...aku tahu dorang wat muka tapi aku buat bodoh je, skang aku nak wat lagi bodoh!!hahaha..kalau nak wat muka buat la sehodohnya, aku tak nak amek tahu...dan kalau ko rasa ko nih jenis yg selalu buat muka biler aku tegor atau sajer nak berborak, aku pon sbenarnya malas jugak nak layan ko, sajer jer tanak timbulkan masalah, so senyum jer la...takpun biler aku tegor sekali ko buat muka atau biler aku tanya apa2 then ko buat muka, so biler aku cakap 'takder apa2 lah" maksudnya tuh aku pon malas la nak layan ko...sebab aku tak suka sangat buat muka kat org...sebab aku pon tak hensem, kalau buat muka lagilah nampak cam monyet..ahahaha...
6)satu lagi kalau nak hina aku ker, nak kutuk aku ker, nak sampai apa2 mesej yg tak menyenangkan ke, cakap jer terus terang, sebab aku pun jenis yg berterus terang, apa yg aku cakap tuh menunjukkan apa yg aku pikir, apa yg aku rasa..so korang pon takyah lah nak panjangkan cerita, cakap jer..aku jenis yg menerima...diri aku bukan selalu betol pon...
7)aku bukan malaikat, baik tak tentu pasal..aku ada perasaan, bukan boneka bodoh yg boleh ditonyeh2 dan dikutuk bertubi2..kalau aku tiba2 naik suara tuh, maksudnya ko tuh dah over limit...

and satu bende lagi, kalau ko tegor aku then aku cam tak layan, maksudnya aku tgh pendam la tu, tgh tahan marah kat ko ke apa ker..biasanya aku tak buat, tapi kalau aku senyap tuh maksudnya memang tgh bergelora la amarah aku tu..so paham2 jer la..aku nih jenis hot tempered sikit...hahahaha..tapi aku jugak jenis yg suka gelak dan kalau member yg aku betol2 kamcing, aku akan jadi penyaport no 1...

im happy with my life now