Tuesday, January 24, 2012

al-jannah

salam semua,

semakin lama aku semakin jauh dengan allah SWT, makin hanyut dibawa arus modenisasi dunia tanpa sempadan, hingga aku yg jahil hina ini makin lagha dibuai kenikmatan dunia, mengejar setiap kemewahan dunia yg sementara, sehingga aku lupa untuk mengejar kenikmatan akhirat yg selama-lamanya..

namun aku sedar, kita tidak pernah terlambat, walaupun esok adalah hari kiamat, allah memberi kita masa untuk bertaubat, menyesali setiap perbuatan dosa yg pernah kita lakukan..kerana allah itu tuhan kita, kasih sayang yg melimpah ruah, tanpa kita sedari, yg maha pengasih lagi maha mengasihani..kenapa allah masih memberi kita ruang dan waktu untuk bernafas, kerana dia masih memberi kita peluang untuk bertaubat, kerana dia tidak mahu kita pergi berjumpa-Nya ddengan dosa yg tidak terbilang..selagi ada masa, selagi itu kita masih berpeluang untuk kembali ke jalannya...mati itu pasti, kiamat itu nyata, hari pembalasan itu hakiki, syurga neraka itu adalah tempt kita selama2nya...

hidup di dunia ni ibarat sepetang di akhirat...

setiap kali aku berbicara pasal agama dan tauhid, tidak semestinya aku ini ustaz ataupun alim ulamak, tapi itu menjadi kewajipan setiap umat islam...kadang2 manusia terasa malu untuk berbicara pasal akhirat di kedai kopi, kerana bagi mereka hanya barang dunia yg menjadi topik yg relevan untuk dibincangkan, hal agama adalah di surau, madrasah dan masjid...bukankah tanpa kita sedari kita sendiri bersikap sekular? aku sendiri juga pernah merasakan seperti itu dulu...tapi manusia berubah betul? janganah kita memandang serong dan mengherdik seseorang itu apabila dia berniat untuk berubah....sebagai seorang islam kita harus memberi sokongan moral...jgan difikirkan "alah kejap jer tu, nanti dah rasa beban mula la wat perangai balik"... bukan kah itu satu doa? kita sepatutnya mendoakan supaya dia berubah dan beristiqamah, hidayah milik allah, dan kita sepatutnya mendoakan hidayah itu kekal pada diri mereka, bukan mengherdik dan membuat pelbagai anggapan yg tidak bernas...fikir-fikirkan lah..siapa kita untuk menilai seseorang itu, aku sendiri penuh dengan sikap skeptikal suatu ketika dahulu, namun meniti usia yg semakin dewasa, aku sedar, jgn dinilai seseorang itu berdasarkan luaran mereka, siapa kita untuk menilai, kerana allah SWT yg maha mengetahui, walaupun sebesar mana pon dosa seseorang itu terhadap allah...namun kita tidak seharusnya meng-iyakan sahaja segala dosa mereka yg pasti terhadap allah, cukuplah sekadar dengan teguran yg lembut dan bersopan...

sekadar berkongsi pendapat aku, bukanlah untuk menunjuk pandai dalam bidang agama, kerana aku sendiri juga jahil dan tidak berilmu, tapi masih tidak terlambat untuk kita menggali ilmu2 agama yg akan dijadikan bekalan sewaktu kita di sana, sekurang2nya bekalan untuk kita bawa semasa kita di alam barzakh yakni alam kubur...tiada lagi manusia yg mampu menolong ketika kita manjawab segala persoalan mungkar dan nakir, hanya kita dan mereka sahaja...sesunggunya alam kubur itu adalah alam yg pasti kita lalui kelak...




Am F Am
bermula satu suara
F G Am
memuji nama baginda
Am F Am
menyeru setiap umat
F Dm E
menyampai seluruh alam

F
Jadi utusan
G E Am
setiap insan zaman berzaman
Am-G- F E
kitab warisan
Am
jadi pegangan

E F G Am

Am F Am
terdengar sayup suara
F G Am
bergetar tubuh terasa
Am F Am
memuji Tuhan yang Esa
F Dm E
memberi rahmat seluruh alam

F G E
nabi junjungan telah sampaikan
Am
satu seruan
Am-G- F E
kitab warisan
Am
jadi amalan



No comments: