Thursday, July 7, 2011

ramadhan datang lagi!

ramadhan bakal menjelma lagi dalam beberapa minggu ni..hmmm tahun ni beramadhan di india lah lagi, sedih rasanya sebab tak dapat balik, memandangkan aku kini dalam tahun terakhir dalam kursus perubatan yg agak susah ni...apa nak buat? layankan jer la, tahun depan pon rasanya tak dapat beramadhan dengan mak ayah kat kampung lagi sebab masa tu dah nak abis belajar, final exam pon dah dekat masa tu....2 tahun lagi la nampak nya tu pon kalau tuhan tak jemput lagi ke sisi dia, harap2 dapat lah peluang tu untu berpuasa ngan family...apa2 pon ramadhan yg nak datang ni kena hargai betul2..dengan kawan2 kat india la lagi nampak gayanya..ehehe persiapan ramadhan pon dah buat, peti ais yg dah lama rosak dah dibaiki, plug2 semua pon semua dah pulih seperti sediakala, cuma makanan malaysia tu agak susah la sikit...ingat nak suruh mak post kan serunding daging semua...tapi tgk la camne..nak post kan ke india bukan senang, kurang2 mahu 2 mingu baru sampai...tapi kita cuba la dulu

ramadhan tahun ni insya-allah aku wat yg terbaik, aku ni bukan nyer baik sgt tapi sekurang2 aku tahu untuk hormat bulan ramdhan...tapi mana tahu kalau ramadhan tahun ni akan bermakna untuk aku? allah swt yg tahu semua, aku hanya mampu merancang...ia datang sekali, bukan 3 kali, so buat yg termampu, sehebat yg aku boleh....puasa memang la tak tinggal, yg tarawikh tu sakit sikit...bukan apa, aku ni liat sikit kalau nak ke tarawikh, lain la kat msia, terpaksa berimam ngan abah, so kena la buat kan? dulu kecik2 wat kat masjid je heheh tapi skang berimam jer ngan abah kat umah..adek beradek aku ramai...so meriah la jugak nak bertarawikh.. bukan sebab abah aku ber tarawikh, cuma kat sini macam aku liat lah...tapi insya-allah tahun ni aku cuba sedaya mampu..nak dapat jugak lailatul qadar kan? mana tahu rezeki aku tahun ni, boleh la doa2 sikit, bagi lepas exam ni...mudah urusan dunia ngan akhirat..nak cakap banyak pasal agama aku ngaku, aku tak lah sealim sangat tapi aku akan cuba...buang bende2 lagha, solat biar cukup, basahkan lidah ngan ayat suci...semua tu mak aku selalu pesan...tapi tak terbuat lagi stakat ni, insya-allah akan aku buat yg mana aku mampu...

setiap kali bulan ramadhan. ingat masa kat kampung masa kecik2, nakal tu bukan main...yerla kanak2, tempat jatuh lagi kan dikenang, tapi aku bangga masa kecik aku di penuhi dengan memori2 yg aku ingat sampai ke tua...boleh la citer sikit kat anak2 nanti...bapak dorang ni nakal tak hengat dunia...hehehe

masa kecik dulu:

1) time first day bersahur, mak kejut suruh bangun, punyerla semangat, nak tunjuk kat abang2 adek2 aku leh bangun awal2 pagi...semangat la tu konon, makan berselera, kalau boleh nak bagi penuh perot so tak lapar nak tunggu bukak pose tu...mak cakap "bagus, makan banyak2 lagi esok leh bukak puasa plak, mak masak sedap2"...tapi biler dah seminggu, mula la liat nak bangun sahur, ngantuk, tapi mak kejut gak suruh minum air..hehehe kalah lah disitu, tula nak nunjuk sangat2 last2 terburai atas katil tak bangun

2)aku puasa masa aku umur 6 tahun ( puasa penuh )..tapi first day tu aku puasa separuh hari jer, tak tahan, lagi 10 mins nak bukak aku dah meronta2 nak makan sebab tak tahan lapar, nak jalan pon tak larat, mak aku suruh tahan, lagi la aku nangis nak bukak puasa..memang spoil brat aku ni ahaha...pastu abah kata kalau aku puasa penuh dapat rm1..sebulan rm30..banyak tuu...so aku pon tahan2...last2 masa raya dapat rm30 dari abah...pengalaman tu tak boleh lupa

3) time petang2 mesti kuar main rumah jiran, masa kecik2 orang puasa aku dok main kejar2, pastu mula la penat dahaga air, nak jer minum air paip, tapi sayang la plak nanti tak dapat rm30...kalau balik main pastu segar bugar, nampak sgt cilok pose la tu..so nanti kantoi tak dapat la duit hehe

4) time bukak puasa, dulu aku ingat selalu bukak puasa kat masjid ngan abah, masjid sediakan makanan bukak, kadang2 ada orang wat derma so dapat la makan percuma, makan ngan kawan2, solat maghrib then tunggu tarawikh...

5) time tarawikh, orang solat aku main mercun kat belakang surau, biler tahyat terakhir lepas 8 rakaat baru datang, buat2 semayang...abah mesti check kat belakang dia tgk aku semayang "bagus anak aku ni, rajin..." padahal time takhyiat akhir jer baru menapak kat masjid...bagus anak abah ni hehehehe

6) kalau hari jumaat plak mesti ada kuliah kat masjid, habis dalam kol 9 camtu, lama doh kuliah dia, dari subuh sampai ke kol 9...pergh terhangguk2 aku nak dgr, tapi memandangkan aku ni nakal tak ingat dunia, aku kuar ngan kawan2 buat joran, pastu gi mancing kat tepi parit sebelah sekolah....dalam kol 8 lebih baru la aku balik masjid, sambung dgr ceramah..apa yg aku dapat? ntah...ikan haruan kot HAHA

7) last skali aku ingat aku gaduh ngan samseng kampung....aku dok lepak2 atas pagar masa orang tarawikh, pastu ada 2 budak nakal datang..aku tgk la dia, aku tenung dia lama2 *memang perangai aku suka tenung orang sampai dia rasa tak selesa*..pastu dia datang tanya aku "apa pandang2?" aku cakap "mata aku, suka hati aku la nak pandang mana" then dia celepok kepala aku, jatuh aku nyer kopiah..aku amek kopiah aku, aku bangun tumbuk perot dia...padan muka, pastu dia kejar aku, aku lari lintang pukang la, sebab dia kejar aku bawak geng, hahaha, sekali aku sembunyik bawhk kereta...*masa tu aku kurus, muat la aku sembunyik* pastu biler dorang dah blah aku lari balik masuk masjid dok sebelah abah aku, dapat la jugak aku tunaikan solat tarawikh hehehehehe...dalam hati rasa gembira sebab budak2 nakal tu dah takde lol

tulah pengalaman puasa yg aku ingat masa aku kecik2 dulu...tapi skang kawan2 kampung aku mana hilang ntah...aku pon jarang balik...rindu zaman2 kecik2 dulu...masa berlalu skang aku dah pon berumur 24 tahun...

so tahun ni aku harap aku dapat lah menunaikan ibadah dgn hati yg tenang, walaupun juadah berbuka tak sepower kat kelantan...sini terpaksa la makan ngan housemate, masak2 tahun depan dah tak kot, semua focus nak exam..so tahun ni la bakal wat pengalaman terakhir puasa ngan kawan2 sambil masak sama...

"hormatilah bulan ramadhan"

then raya! so sebab lagu2 ramadhan jarang kita jumpa terpaksa la aku post lagu raya la plak =p padahal raya lambat lagi hehehe

nanti dekat2 nak raya aku post pasal penglaman raya aku pulak masa kecik2, hehe..senang~ nanti biler ada anak aku suruh jer bukak blog ni tak payah la aku nak citer panjang lebar ye tak? hehehe




Friday, July 1, 2011

nyanyian serambi~

keindahan desa jauh lebih bermakna dari kesibukan kota metropolitan yg sering dibangga2 oleh orang2 bandar. Bukan aku membenci kemegahan bangunan2 pengcakar langit allah swt, bukan juga aku membenci orang2 bandar yg bersikap megah dah bongkak dengan kemewahan yang mereka kecapi, namun aku rimas dengan mereka dan juga kesibukan kota yg menggila yang mampu membuat jiwa memberontak dan tidak tenteram. tatkala belajar di negara orang, sering aku merindui suasana kampung yang aman permai, kicauan burung2, kokokan ayam2 di pagi hari di desa tercinta.

aku dibesarkan di kota bharu, waktu kecil memang excited kalau family nak gi jalan2 kuala lumpur, pakai baju cantik2 lawa2 semata nak pergi kuala lumpur. sekarang, mahu jejak kuala lumpur pon aku rasa malas, pening terkongkong, lemas dengan debu2 kota dan juga orang2 nya yg tidak beretika.. aku orang kampung? tidak maju? arghh persetankan~

lagu "nyanyian serambi" bermain di playlist youtube aku, tenang lagunya, dengan puitis2 yg mendamaikan, kerinduan terhadap kampung halaman mula menular dalam jiwa aku. sedang aku menjalani hari2 yang semakin sibuk dengan kelas tahun terakhir kursus perubatan di india ini, lagu nyanyian serambi ini mula menghiburkan hati aku yg sedang panas diasak kesibukan rutin harianku.

tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

mendalam maksudnya...diiringi dengan melodi yg mendamaikan, tradisi orang melayu kampung..jika mendengarkan alunan bait2 puisi diiringi pula dengan melodi yg sempoi, terbayang sawah2 padi di kampung yang jauh dimata...

aku mahu terus berada di kampung halaman ku sampai ke nafas terakhir, mahu juga mellihat anak2 yg bertatih dalam kedamaian desa permai, angin bayu pantai yg mengasyikkan,

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung

inilah cinta terhadap yang maha agung, tuhan pencipta alam, kasih dan rindu padanya tidak pernah padam, kasihNya pada hamba yg berterusan..inilah cinta hakiki, cinta yang mendamaikan, cinta yg tidak pernah putus dan cinta yang berkekalan.. rahmat allah yg meluas tanpa sempadan yg tidak mampu diungkapkan degan kata2, itulah tanda kasih sang Pengcipta terhadap hamba yg kecil lemah...