Friday, July 1, 2011

nyanyian serambi~

keindahan desa jauh lebih bermakna dari kesibukan kota metropolitan yg sering dibangga2 oleh orang2 bandar. Bukan aku membenci kemegahan bangunan2 pengcakar langit allah swt, bukan juga aku membenci orang2 bandar yg bersikap megah dah bongkak dengan kemewahan yang mereka kecapi, namun aku rimas dengan mereka dan juga kesibukan kota yg menggila yang mampu membuat jiwa memberontak dan tidak tenteram. tatkala belajar di negara orang, sering aku merindui suasana kampung yang aman permai, kicauan burung2, kokokan ayam2 di pagi hari di desa tercinta.

aku dibesarkan di kota bharu, waktu kecil memang excited kalau family nak gi jalan2 kuala lumpur, pakai baju cantik2 lawa2 semata nak pergi kuala lumpur. sekarang, mahu jejak kuala lumpur pon aku rasa malas, pening terkongkong, lemas dengan debu2 kota dan juga orang2 nya yg tidak beretika.. aku orang kampung? tidak maju? arghh persetankan~

lagu "nyanyian serambi" bermain di playlist youtube aku, tenang lagunya, dengan puitis2 yg mendamaikan, kerinduan terhadap kampung halaman mula menular dalam jiwa aku. sedang aku menjalani hari2 yang semakin sibuk dengan kelas tahun terakhir kursus perubatan di india ini, lagu nyanyian serambi ini mula menghiburkan hati aku yg sedang panas diasak kesibukan rutin harianku.

tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

mendalam maksudnya...diiringi dengan melodi yg mendamaikan, tradisi orang melayu kampung..jika mendengarkan alunan bait2 puisi diiringi pula dengan melodi yg sempoi, terbayang sawah2 padi di kampung yang jauh dimata...

aku mahu terus berada di kampung halaman ku sampai ke nafas terakhir, mahu juga mellihat anak2 yg bertatih dalam kedamaian desa permai, angin bayu pantai yg mengasyikkan,

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung

inilah cinta terhadap yang maha agung, tuhan pencipta alam, kasih dan rindu padanya tidak pernah padam, kasihNya pada hamba yg berterusan..inilah cinta hakiki, cinta yang mendamaikan, cinta yg tidak pernah putus dan cinta yang berkekalan.. rahmat allah yg meluas tanpa sempadan yg tidak mampu diungkapkan degan kata2, itulah tanda kasih sang Pengcipta terhadap hamba yg kecil lemah...

No comments: