Sunday, March 13, 2011

lena yang sepi

hanya nukilan seorang manusia yg depresi

sunyi sepi, gelap hati ini

menjalani hidup seorang diri

jatuh, bangun, lukaku biarkan,

biarku sendiri, menyepi disini

mengapa tiada lagi bintang,

hidup mengundang sepi,

tegakku berdiri, jatuhku sendiri

tidurku dipeluk oleh malam

yang kehilangan bintang

tiada lagi cahaya

menyinari hidupku~

akanku tempuhi hari-hari

rindu berlagu sepi

pulanglah dikau cahaya

menyinari hidupku

memang kena benar lirik lagu dari pakdow ni pada masa keadaan aku seperti ini, sungguh hebat puitisnya




onak duri belukar hutan simpanan semua aku tempuh, aku juga manusia yg milik impian, tapi impian aku masih jauh, tambah dengan perangai melayu aku yg sememangnya malas dan tinggi-langit-punya-angan2.. namun aku bukan bodoh, bebal, aku juga punya kudrat walaupun sedikit..memang tidak mengcukupi namun ia tetap ada di dalam hati aku yg dalam ini, kamu mungkin tersenyum bila membaca nukilan hati seorang pemalas bangsat macam aku... namun percayalah, aku dah buang jauh2 sikap ambil lewa aku yg dulunya menebal di benak aku yg kurang matang ini..

cita-cita aku untuk menjadi doktor seakan2 terkabur, terkabus, terkambus dalam2, mana titik akhirnya? mana cita2 aku selama ini? mana? hanya aku yg tahu, kamu bedebah2 di luar sana yg dulu tersenyum sindir melihat kejatuhan aku, takkan ketemu jawapannya..cita2 aku masih dalam, tapi aku simpan...hanya dendam kesumat di dalam hati aku sekarang ini, terhadap celaka2, bedebah2, jahanam2 yg sedang ligat membunuh aku dalam diam...kamu tunggu~ sekarang ya, muka aku disalut tahi, sebusuk2nya, kerana sejarah itu kamu ungkitkan, tapi tunggu!

apa salah aku? mana janji2 mereka? mana? kenapa alik2 aku yg menjadi mangsa kerakusan mata wang runggit? sengkek sangatkah kau wahai pendusta? sehingga duit2 kami kamu mahu telan? bukan sedikit..bukan 100rm....bukan 200 rm..sedangkan keluarga juga bertikam lidah bila puncanya dari wang ringgit, walaupun sekeping not 100, ini rm 2000, aku bukan anak jutawan~ aku bukan anak perdana menteri...aku bukan anak bill gate mahupun siapa2 sahaja yg punya segunung wang ringgit...oh aku silap, 2000rm untuk satu paper...tak banyak kan?

ini kisahnya...........................................................

dulu aku pemalas bangsat, pemalas untuk menjejakkan kaki ke kelas~ sehingga aku tidak dibenarkan mengambil final MBBS fasa ke dua dalam subject Microbiology..dengan hanya attendance 71% dan carry mark 73%, aku tidak dibenarkan masuk...lagi 4% untuk mencukupi kehendak pihak universiti..bagi aku carry mark aku dah cukup bagus untuk mengagumkan pihak university walaupun tidak lah seberapa sangat jika dibandingkan dengan pelajar2 pintar batch aku...aku tahu mana aku berdiri, aku jatuh aku tahu mana tempat tersembam aku...tapi itu sudah cukup bagus...kerana itu attendance, rm2000 bakal terbang...tidak mengapa kerana abang2 akuu orang senang, dia langsaikan bayaran itu..ya aku bersyukur, aku gembira ada abang2 yg sanggup menolong aku...aku insaf, aku sebak, aku janji mahu berubah...

fasa ketiga bermula setelah aku berjaya dalam peperiksaan tambahan atau juga dikenali sebagai suplement paper untuk microbiologi...aku tahu, kamu tidak bangga..tidak mengapa, aku bukan ingin membanggakan sesiapa pon...tidak mengapa~ tahun ini aku tempuh 3 subject yang agak mencabar..opthalmology, ENT juga community medicine..aku sangat jarang memonteng kelas2 penting ini...kalau ada pon dalam sekali sebulan..aku ingatkan sepanjang tahun 3 dalam kursus ini, aku mampu membaiki balik attendance aku yg lepas..namun gagal kerana sejarah lama aku menghantui aku...aku cuba, aku cuba..untuk membaiki semula peratusan attendace aku yg aku ponteng semasa aku di tahun 2..namun usaha aku untuk berubah gagal, terhenti di persimpangan..aku bertanya sendiri mana silapnya aku tahun ini

community medicine:

semasa nak amek exam supplment paper microbiology, aku ditahan 2 bulan dari memasuki kelas 3rd year..aku kena clear kan dulu subject microbilogy dimana peperiksaannya jatuh pada bulan jun...tapi si bangsat2 orang tua nyanyuk dalam fakulty community medicine itu menandakan absent pada kertas kedatangan aku...tak banyak 34 kelas sahaja..

gila mereka, mereka gila... aku ditahan dari pergi ke kelas selama 2 bulan, dan bekas dekan aku juga memberikan kebenaran untuk pelajar2 yg ambil supplement paper untuk tidak menghadiri kelas dan menyuruh aku belajar untuk clearkan subject mirobiology aku..dekan berjanji pada aku akan selesaikan masalah aku, dimana orang2 tua di fakulti community medicine itu menandakan absent pada helaian kertas kedatangan aku...biler keluar sahaja list attendance...aku kaku! gamam! kaget! mengapa mereka berpaling? berkata dusta, memutar berita? dasar putar alam! aku jumpa perempuan yg menjawat jawatan associate dean, seperti biasa...dia jelik melihat aku kerana sejarah aku..tidak adakah ruang untuk aku berubah? sekali buat silap selama-lamanya salah? dia tak mahu menolong aku...sedih! aku sedih! aku call bekas dekan aku (sekarang sudah berhenti kerja, mungkin tensi dengan kongkongan universiti gila duit ini)..bekas dekan aku menyeru aku membuat appeal letter...aku buat, aku hantar, namun dekan baru ini seolah2 buta IT, tidak pandai untuk membaca email dari aku...biarkan!~ 36 kelas yg terbuang yg bukan salah aku, tidak mampu untuk aku betulkan...yang mana jika diperbetulkan akan melayakkan aku untuk menduduki ujian community medicine...masa depan aku hancur lagi, duit bakal melayang lagi...cukuplah untuk menampung si botak itu untuk membeli mercedez keluaran baru di pasaran...kesian...

aku akui, aku tidak berminat dengan community medicine, subjectnya yg susah tambah lagi dengan pensyarah2 yg tua dan membosankan...subject itu aku gagal berulang2 kali dalam peperiksaan kecil...aku pasrah, aku nekad untuk ambil supplement paper untuk subject itu, dan fokus untuk ENT dan opthal...

namun........

masalah datang lagi, janji meraka putarkan lagi, mereka belitkan lagi, mereka..mereka..mereka...JAHANAM!

aku tidak dibenarkan masuk exam ENT pula, kerna masalah carry mark aku..jahanam! kenapa? aku tidak pernah gagal dalam ujian penilaian dalaman kedua dan ketiga..aku dapat 72% dan 55% dalam 2nd dan 3rd IA (internal assestment) ..kenapa carry mark aku 30% sahaja? tidak layak aku untuk mengambil ujian final, requirent minima ialah 35% .. itu BERUK namanya...BERUK, Orang Utan! ()*&)&(*^%*$&*_!!!

aku pergi berjumpa associate dean aku, dan melihat semula cara pengiraan carry mark aku...apa kena? kenapa teruk sekali..30%? adakah aku sebodoh ini? bangsat! semua persoalan terurai apabila aku mengetahui carry mark aku dikira dari 1st internal assestment! aku terbakar, muka merah, jiwa memberontak, minda ku kacau..aku tertekan, setitis air mata kekesalan terkeluar dari mata jantan aku ini...tidak pernah ku menangis selama beberapa tahun..air mata jantan aku mengalir, makin laju, jiwa teresak..kenapa teruk sangat...aku diam...cuba menghubungi ibu bapa untuk merungkai semua bebanan di hati....

kenapa dia kira 1st ia aku..........

..............

..............

..............

9 bulan lepas......

sebaik sahaja aku mengetahu keputusan paper microbiology aku, aku tersenyum riang

dekan lama : tahniah! awak lulus, awak boleh teruskan dengan kelas 3rd year awak, kedatangan akan dikira bermula esok! jangan risau kedatangan awak semasa awak mengambil ujian microbiology tidak akan dikira...3 bulan kelas yg awak miss tidak akan dikira kedatangan...dan carry mark awak akan diambil bermula 2nd dan 3rd IA...

aku senyum! terima kasih datuk! aku gembira...aku akan sentiasa ke kelas~ itu janji aku untuk subject ENT commed dan Opthalmology! terima kasih

..........

apa jadi sekarang? kenapa kamu mengambil attendance aku dari bulan 4, dimana attendance aku sepatutnya dikira dari bulan 7...dan juga pengiraan carry mark yg sepatutnua diambil dari 2nd IA...kamu penipu! kamu mainkan masa depan aku, itu semua wang! kenapa kamu mengambil mudah? kenapa? aku jumpa lagi associate dean! katanya :

" i cant do anything about this! u need to ask datuk for that!"

"but my carry mark is so low"

"so u need to score really high for ur final"

macam mana mahu score jika exam pon tidak dibenarkan ambil =.=

mana aku mahu mengadu?

damn it! datuk sudah berhenti kerja! dia tidak lagi dekan di university mata duitan ini....apa guna kau! associate dean!? ini carry mark aku, masa depan aku! bastard!

...............

aku memberontak! ramai lagi yg kena macam aku, bukan aku seorang! tapi jiwa aku geram! ingin sahaja menumbuk muka pengasas university mata duitan ini..haram!

..............

aku bertambah pelik apabila junior aku yg jauh lagi rendah peratusan attendace ( below40%) dapat memasuki exam..(kepada kamu, jgan berkecil hati, aku hanya ingin menambahkan perencah sahaja, menguraikan segala persoalan aku, jangan berkecil hati) ...kenapa mereka dibenarkan? dulu aku 71% microb tidak mampu menjejak kaki ke dalam dewan peperiksaan berhawa dingin itu..tapi dia mampu memasuki kesemua suvject! mungkin itu rezeki dia..rezeki dia, aku terima...untung rm8000..

dulu pernah berlaku juga kesilapan dalam kertas kedatangan microbiology aku..pada mulanya attendance aku 91%, maka aku rasa attendance aku sudah cukup~ namun tahi berlaku lagi di akhir pengajian tahun 2 aku...jabatan microbiloy sebenarnya tersilap menulis kedatangn aku..sebenarnya 71%...bangsat, bende penting dibuat main...kalau *kalau itu tidak pernah wujud sebanarnya* kalau lah aku tahu awal2 71% dalam masa 2 bulan aku pasti akan rajin ke kelas untuk membaiki balik attendance microb aku..merasakan 91% sudah sangat tinggi, aku ponteng 2 minggu kelas sebelum bermulanya final exam tujuannya untuk menumpukan segala fokus untuk peperiksaan..self study is better for me..(jika aku pergi maka dapatlah aku membaiki attendance yg hanya 4% kurang...) shit happened! hanya seminggu sebelum bermulanya final exam, aku mengetahui aku tidak lepas attendance...dan tidak dibenarkan masuk...71% sebenarnya...kenapa mereka memberitahu seminggu sebelum exam yg attendace aku silap? ..................kaku lagi

damn! tengah melayan mengarang boleh pulak blackout* bodoh!

2 minggu aku pergi ke hospital semata2 untuk memasuki final exam...aku cuahkan semua kudrat aku, menghadiri kelas tambahan dan jugak clinical class..tapi itu semua kerja sia2!



aku bakal berada di tahun terakhir pengajian aku bulan 4 ini..aku akan belajar bersungguh2, akan aku jadikan segala pengalaman ini sebagai titik tolak dalam hidup aku...aku akan tunjukkan pada kesemua jahanam2 mata duitan itu~

ini semua suratan darinya..aku pasrah aku terima...tapi aku tidak akan melupakan jahanam2 yg menyusahkan hidup aku dengan janji2 kosong mereka! im gonna pay ur kindness one fine day~ itu janji aku, azimat yg aku simpan dalam hati ini untuk aku membalas dendam~! aku tekad!

apa2 pun terima kasih doktor-doktor di clinic aku..kerana kamu semua memang baik..opthalmology~ aku akan berusaha bersungguh untuk kali ini
.................................................................

kepada pembaca:

mungkin kamu hanya menyalahkan aku diatas apa yg berlaku terhadap diriku...tapi kamu hanya mengetahui secara luaran sahaja, kamu semua tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku..dan kamu hanya tersenyum mengutuk aku pabila status2 aku berbau marah dan panas...bagi kamu semua salah aku~ tapi aku tak salahkan kamu...kerana kamu tidak mengetahui...jika kamu berada ditempat aku, dunia ini tidak pernah adil terhadap diriku..aku tidak bodoh~ cuma aku diperbodohkan!

sudah banyak aku susahkan abang2 aku, kakak2 aku dan ibubapa aku..tidak sanggup aku bebankan mereka lagi...mereka sedih mempunyai adik seperti aku, anak seperti aku, aku tahu mereka tidak bebangga dengan aku lagi seperti mana dahulu kala.menjadi pelajar yg sangat pandai mengatur hidup dan pelajaran~ tapi itu dulu, sekarang aku hanyalah seorang yg hanya menambah beban bagi mereka...aku minta maaf

kali ini tidak akan ku bebankan mereka lagi...aku ada kuderat untuk mengumpul duit membayar supplement papers aku..rm4000...aku jual segala2nya, motor aku yg menjadi kemudahan aku kelas, semua bende2 yg menjadi aset aku, aku jual....aku mampu berdiri sendiri kerana aku anak jantan, bukan lagi budak hingusan yg hanya mampu bersandar pada kesenangan keluarga aku...

walaupun kali ini bukanlah salah aku...kedatangan tahun ini adalah 95% tapi.......*aku buntu*

"tegakku berdiri, jatuhku sendiri"



4 comments:

Anonymous said...

i know how u feel bobo..sakit,mmg sakit bila ditipu nih...n i also know that u r not stupid...jgn la ckp diri cmtuh..wtv it is,i wish u all da best!may Allah bless u always...as for those yg *^&*^*&^,biarla dorg...sbb duit yg dorg amek tu xhalal pun bila wat cmni...gudluck!

:.leha.: said...

sabar ye bobo.mungkin ade hikmah di sebaliknya.good luck anyways!semoga ko berjaya amik paper tu n balas dendam kat diorg yg wat taik kt ko.hehe..all the best!

Naxerul aka BoBo said...

hehehe thnks anonymous and leha..leha jom karok nanti ek =) haha aku balik 28/3 ni ajjak zharip sekali...btw add fb baru aku ek..naxerulz@yahoo.com

:.leha.: said...

wokey,nnt da smpi msia n nk karok ko PM la ktorg eh.available punyeee.aku da kad redbox weh skg!!!hahaha.fb ko aku da add laaaa..x perasanla tu..=p